Kebaikan Membungkus Makanan Dengan Daun Pisang

Sejak dahulu lagi, masyarakat Asia sering menggunakan daun pisang sebagai pembungkus makanan. Di Malaysia umpamanya, antara makanan yang lazim dibungkus menggunakan daun pisang ialah nasi lemak, lemang dan kuih muih tradisional seperti tepung pelita, semua jenis lepat, koci, nagasari, abuk-abuk sagu serta pulut panggang.

Secara umumnya, terdapat beberapa jenis daun pisang yang digunakan sebagai alas atau pembungkus dalam dunia kulinari tradisional di negara ini seperti daun pisang jenis saba yang lazimnya digunakan untuk membalut kuih muih, daun pisang latundan untuk nasi lemak dan pisang kapas bagi lemang.

Berikut adalah 5 sebab mengapa daun pisang lebih sesuai dijadikan pembungkus makanan:

1. Memperkayakan aroma dan rasa makanan

Kesan aroma daun pisang yang dapat memberikan kelainan dan kesegaran pada juadah makanan bukanlah suatu rahsia lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Hal ini dibuktikan dengan kewujudan beberapa restoran terkenal yang menawarkan perkhidmatan makan dengan beralaskan daun pisang. Di samping rasa makanan yang sudah sedia enak, kehadiran daun pisang yang dihidangkan bersama-sama makanan yang masih panas lazimnya akan menambahkan kelazatan makanan berkenaan.

2. Pelindung semula jadi

Sifat semulajadi daun pisang yang mempunyai permukaan berlilin menjadikan ia alat bungkusan yang paling efektif dalam melindungi dan mengekalkan kesegaran makanan panas yang dibungkus. Daun pisang bukan saja digunakan sebagai alas atau pembungkus makanan, tetapi juga boleh digunakan untuk menutup makanan daripada terdedah.

3. Tiada bahan kimia

Selain itu, daun pisang juga tidak akan menghasilkan sebarang bahan kimia yang boleh memudaratkan pengguna seperti yang terjadi pada bungkusan plastik apabila bersentuhan dengan makanan panas. Kajian menunjukkan bahawa kadar antioksidan yang terdapat pada daun pisang adalah bersamaan dengan daun teh. Antioksidan adalah sejenis bahan yang berperanan dalam melindungi serta memperlahankan proses kerosakan yang berlaku pada makanan.

4. Mesra alam sekitar

Disebabkan sifatnya yang semula jadi, penggunaan daun pisang dalam pembungkusan makanan juga secara tidak langsung menyumbang pada kelestarian alam sekitar. Hal ini kerana daun pisang adalah bahan yang lebih mudah untuk dilupuskan berbanding bungkusan yang diperbuat daripada plastik.

Oleh itu, bungkusan nasi lemak kami juga daripada daun pisang yang banyak memberi kemanfaatan samada alam sekitar dan aroma rasa nasi lemak kami yang membuatkan lagi asli dan sedap! Apa lagi marilah pekena nasi lemak ummi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lain-lain artikel

Carian
Jenis carian
Nama menu yang dicari?
Kategori
Hidangan
Negeri
Kawasan